Satu perempat daripada wanita Singapura telah mengalami gangguan seksual

Kim HoPR Manager
August 21, 2019, 8:14 AM GMT+0

Separuh insiden gangguan seksual tidak dilaporkan

Penyelidikan YouGov Omnibus terbaru mendapati bahawa satu perempat (26%) wanita Singapura mengalami gangguan seksual, berbanding satu daripada sepuluh (9%) lelaki.

Daripada mereka yang mengalami gangguan seksual, hanya separuh (52%) melaporkan atau memberitahu seseorang tentang insiden tersebut. Wanita lebih cenderung melaporkan kejadian tersebut berbanding lelaki (56% vs. 40%). Antara mereka yang melaporkan kejadian tersebut, sebahagian besarnya memberitahu rakan (54%) atau keluarga (41%) tentang gangguan seksual yang mereka alami, dan bukannya polis (19%).

Sebab utama mangsa memilih untuk tidak melaporkan gangguan seksual adalah kerana rasa malu (42%), takut akibat daripada pelaporan (30%) dan merasa tiada siapa yang akan melakukan apa-apa tentang masalah tersebut (29%).

Bentuk gangguan seksual yang paling banyak berlaku adalah serangan seksual (61%). Ini diikuti oleh komen lisan yang bersifat seksual (44%), ajakan bersifat seksual yang berterusan dan tidak diingini (27%) dan mesej tanpa diminta yang bersifat seksual (19%).

Untuk mengelak daripada diganggu secara seksual, separuh (49%) wanita Singapura kerap mengambil langkah berjaga-jaga. Bilangan yang hampir sama (47%) daripada lelaki mengatakan mereka tidak mengambil langkah berjaga-jaga.

Cara langkah berjaga-jaga yang paling biasa orang ramai lakukan adalah mengelakkan kawasan tertentu (68%), menghindari / meminimumkan interaksi dengan orang yang tidak dikenali (58%) dan mengelak daripada berada di luar pada waktu tertentu (48%). Lelaki lebih cenderung untuk belajar kemahiran pertahanan diri berbanding wanita (28% vs 18%), dan wanita lebih cenderung untuk berpakaian dengan cara tertentu berbanding lelaki (58% vs 28%) untuk mencegah gangguan seksual.

Secara keseluruhan, separuh (48%) daripada warga Singapura tahu tentang pergerakan #MeToo. Hampir dua pertiga (64%) berpendapat pergerakan tersebut membuatkan orang ramai lebih terbuka untuk bercakap tentang gangguan seksual. Satu daripada enam (16%) ia tidak memberi perbezaan, dan 5% berpendapat ia membuatkan orang ramai kurang terbuka. 15% yang selebihnya masih tidak pasti.

Jake Gammon, Ketua Omnibus APAC di YouGov Omnibus mengulas: “Disebabkan kekurangan statistik rasmi tentang gangguan seksual di Singapura, kami ingin mengetahui sejauh mana seriusnya masalah ini. Apa yang mengejutkan ialah bilangan kes gangguan seksual yang tidak dilaporkan, dan alasan di sebaliknya. Adalah menarik untuk melihat jika angka-angka ini mengikut usia #MeToo.”

***Keputusan berdasarkan 1,045 rakyat Singapura yang ditemu bual di YouGov Omnibus