Generasi milenium merasa bahawa mereka digambarkan dengan baik oleh media berbanding oleh pengiklana

YouGov
November 07, 2017, 1:00 AM GMT+0

Penyelidikan YouGov yang baharu turut mendedahkan bahawa media sosial ketinggalan satu taktik dengan mengabaikan 'baby boomer'

Generasi milenium di Singapura merasakan bahawa mereka digambarkan dengan lebih baik oleh media berbanding dengan iklan, menurut penyelidikan baharu YouGov Omnibus.

Kaji selidik dalam talian membandingkan pendapat responden yang dilahirkan antara pertengahan tahun 1940-an dan pertengahan tahun 1960-an ('baby boomer') dan antara awal 1980-an dan pertengahan tahun 1990-an (milenium), bertanya sejauh mana mereka merasa digambarkan dengan baik dengan cara mereka melihat orang berpenampilan, bertindak dan mempunyai pandangan yang sama seperti mereka di media dan pengiklanan.

Apabila berkenaan media, 60% daripada generasi milenium menyatakan bahawa mereka digambarkan dengan sangat baik, berbanding 30% yang merasakan mereka tidak digambarkan dengan baik atau tidak digambarkan langsung. Skor bersih untuk generasi milenium (mereka yang merasa digambarkan dengan sangat baik ditolak dengan mereka yang merasa sebaliknya) ialah 30; jauh lebih tinggi berbanding 'baby boomer' (-29). Sebaliknya, hanya 30% daripada 'baby boomer' merasakan bahawa mereka digambarkan dengan sangat baik dan seramai 56% merasakan bahawa mereka tidak digambarkan dengan baik, bermakna terdapat lebih ramai 'baby boomer' yang merasakan mereka tidak digambarkan dengan baik dalam pengiklanan berbanding mereka yang merasakan telah digambarkan dengan baik.

Generasi milenium merasa mereka sangat kurang digambarkan oleh iklan berbanding media. Skor bersih untuk generasi milenium adalah 13 mata lebih rendah untuk iklan berbanding skor bersih media. Skor 'baby boomer’ ialah -27, menunjukkan bahawa kumpulan umur ini merasakan bahawa mereka tidak digambarkan dengan baik.

Para 'baby boomer' merasakan sebab terbesar untuk kurang digambarkan adalah kerana usia mereka (disebut oleh 6 daripada 10 responden), sedangkan generasi milenium yang merasa kurang digambarkan menyatakan bahawa pekerjaan mereka adalah faktor terbesar (disebut oleh tiga daripada 10 responden).

1 daripada 20 'baby boomer' membuat pembelian sekurang-kurangnya sekali seminggu berdasarkan apa yang mereka lihat di media sosial.

Cinta golongan milenium terhadap dunia digital didokumentasikan dengan baik, dengan swafoto dan media sosial memainkan peranan penting dalam kehidupan orang muda. Memang benar, 8 daripada 10 golongan milenium membaca atau menonton kandungan dari media sosial sekurang-kurangnya sekali sehari.

Kurang perhatian diberikan kepada masa yang diluangkan oleh 'baby boomer' di media sosial. Kaji selidik YouGov Omnibus juga mendapati bahawa seramai 54% 'baby boomer' membaca atau menonton kandungan dari media sosial sekurang-kurangnya sekali sehari.

Media sosial juga kelihatan membentuk perbelanjaan pengguna untuk generasi milenium lebih banyak berbanding untuk 'baby boomer'. Sementara 1 daripada 8 responden generasi milenium membuat pembelian sekurang-kurangnya sekali seminggu berdasarkan apa yang mereka lihat di media sosial, hanya 1 daripada 20 'boomer' berbuat demikian.

Mengulas mengenai penemuan tersebut, Ketua Omnibus, Jake Gammon, berkata, "Dengan 54% 'baby boomer' melihat kandungan di media sosial sekurang-kurangnya sekali sehari, dan hanya 1 daripada 20 dipengaruhi oleh saluran tersebut sebelum membeli barang sekali seminggu, penyelidikan kami menunjukkan bahawa pengetahuan digital generasi yang lebih tua dipandang ringan oleh para pemasar. Ditambah pula dengan fakta bahawa usia disebut sebagai punca terbesar 'boomer' merasakan mereka diberi gambaran yang salah oleh media dan pengiklanan yang membuatkan penumpuan semula strategi digital kepada penglibatan pelbagai peringkat umur.”

Data dikumpulkan secara dalam talian oleh YouGov Omnibus antara 27 September dan 4 Oktober 2017 di kalangan 1,061 responden di Singapura. Keputusan mewakili populasi orang dewasa dalam talian.

Sumber imej: Getty Image