Dua daripada lima orang warga Singapura menyokong cukai gula

Kim HoPR Manager
August 19, 2019, 8:41 AM GMT+0

Gula dianggap lebih menagihkan berbanding nikotin dan alkohol

Walaupun Kementerian Kesihatan masih mempertimbangkan langkah-langkah untuk mengenakan cukai ke atas minuman tinggi gula, penyelidikan terbaru YouGov mengetahui bilangan warga Singapura yang menyokong langkah-langkah ini.

Dua daripada lima (42%) menyokong pelaksanaan cukai gula, manakala baki tiga daripada lima (58%) membantahnya. Sokongan adalah lebih tinggi di kalangan pemegang ijazah universiti berbanding bukan pemegang ijazah (50% vs. 35%). Golongan berpendapatan tinggi (berpendapatan lebih daripada SGD 8,000 sebulan) juga lebih cenderung menyokong cukai berbanding golongan berpendapatan rendah (berpendapatan kurang daripada SGD 4,000 sebulan) (47% vs 35%).

Sementara hampir separuh (46%) warga Singapura melihat cukai gula sebagai memberi manfaat kepada rakyat Singapura, satu perempat (25%) lagi berpendapat ia memudaratkan. Tiga daripada sepuluh (28%) yang selebihnya masih tidak pasti. Golongan berpendapatan rendah lebih cenderung berpendapat bahawa cukai gula adalah memudaratkan berbanding golongan berpendapatan tinggi(30% vs. 24%).

Secara keseluruhan, lebih daripada satu dalam dua puluh (7%) warga Singapura meminum minuman ringan setiap hari. Satu perempat (26%) berbuat demikian setiap minggu, satu pertiga (32%) setiap bulan, dan satu perempat (26%) setiap tahun. Hanya 1 daripada 10 (9%) tidak minum minuman ringan sama sekali.

Cukai gula akan memberi kesan kepada pengambilan minuman ringan penduduk Singapura dalam cara yang berbeza. Separuh (52%) melihat diri mereka akan kurang meminum minuman ringan sekiranya cukai gula dikenakan, dan satu perempat (23%) akan berhenti minum minuman ringan sepenuhnya. Baki satu perempat (23%) akan terus meminum pada jumlah yang sama dan 1% akan meminum lebih banyak minuman ringan.

Selain cukai gula, Kementerian Kesihatan juga mempertimbangkan larangan sepenuhnya penjualan minuman yang tinggi kandungan gulanya. Tiga daripada lima (58%) warga Singapura menyokong usul ini. Warga Singapura yang menghidap diabetes (yang membentuk 6% daripada penduduk) lebih cenderung untuk menyokong larangan tersebut berbanding mereka yang tidak menghidapnya (68% vs 58%). Warga Singapura yang lebih tua (berumur 55 tahun dan ke atas) juga lebih cenderung menyokong larangan ini berbanding warga yang lebih muda (68% vs. 45%).

Apabila diminta untuk menyusun menarafkan pelbagai bahan bermula dari yang paling menagihkan hingga yang paling kurang menagihkan, gula berada di tempat kedua (18%), selepas dadah (41%). Gula mendahului bahan-bahan lain seperti kafein (16%), nikotin (14%), alkohol (6%) dan garam (6%).

Jake Gammon, Ketua Omnibus APAC di YouGov Omnibus mengulas: “Singapura mungkin telah mengisytiharkan perang terhadap kencing manis, tetapi tidak semua orang menyokong langkah-langkah yang dicadangkan. Golongan berpendapatan rendah khususnya adalah lebih cenderung mempunyai pandangan negatif terhadap cukai gula, dengan peratusan ketara berpendapat bahawa langkah ini memudaratkan. Sama ada larangan atau cukai, pandangan orang ramai terhadap gula pasti akan ada percahnggahan, terutama kerana ia berkaitan dengan bahan yang dianggap oleh warga Singapura sebagai lebih menagihkan daripada nikotin.”

***Keputusan berdasarkan 1,132 rakyat Singapura yang ditemu bual oleh YouGov Omnibus