Fesyen pantas: Satu pertiga rakyat Singapura telah membuang pakaian selepas memakainya hanya sekali

YouGov
December 06, 2017, 1:00 AM GMT+0

Penyelidikan baru YouGov juga mendedahkan bahawa empat daripada sepuluh golongan milenium telah membuang pakaian yang tidak diingini ke dalam taong sampah

Fesyen pantas telah mengubah cara kita membeli-belah. Kemunculan fesyen yang lebih mudah diakses dan mampu milik bermakna pengguna membeli lebih banyak daripada sebelumnya. Jumlah pakaian yang dibeli oleh pembeli biasa setiap tahun meningkat sebanyak 60% antara tahun 2000 dan 2014 sahaja. Dengan barisan baru pakaian ditambah setiap minggu, pengguna tidak perlu menunggu musim berubah untuk membeli trend terkini. Rangkaian 'high street' telah mula menguasai pasaran, begitu banyak sehingga gergasi fesyen pantas H&M kini dua kali bernilai, sama seperti Chanel.

Walaupun ramai mengalu-alukan revolusi fesyen, kemalangan seperti tragedi Rana Plaza dan tuduhan eksploitasi telah melibatkan jenama popular seperti Zara, membawa kepada persoalan berkenaan etika dalam industri. Pengkritik juga menekankan impak daripada jenama fesyen pantas terhadap alam sekitar, memenuhi permintaan pakaian murah, pakaian pakai buang yang jejak karbonnya adalah tinggi ketika dihasilkan dan akhirnya dibuang di tapak pelupusan.

Penyelidikan terbaru Omnibus YouGov mendedahkan sebanyak mana pakaian dibuang di Singapura. Ia mendapati bahawa hampir tiga perempat rakyat Singapura (73%) telah membuang beberapa helai pakaian pada tahun lalu dan seperempat (25%) telah membuang lebih daripada sepuluh helai pakaian pada tempoh yang sama.

Satu pertiga (34%) telah membuang satu item pakaian setelah memakainya hanya sekali dan, pada tahun lalu sahaja, 15% daripada semua responden telah membuang sekurang-kurangnya tiga item pakaian yang mereka hanya pakai sekali.

30% daripada golongan milenium telah membeli sekurang-kurangnya separuh daripada pakaian yang mereka miliki dalam tempoh 12 bulan yang lalu

Fesyen merupakan perniagaan yang besar di Singapura, dengan satu daripada tujuh yang ditemu bual (14%) menganggarkan bahawa mereka memiliki lebih daripada 100 pakaian (tidak termasuk pakaian dalam atau aksesori). Golongan milenium (yang berumur antara 16 dan 34 tahun) mempunyai peratusan tertinggi memiliki pakaian baru; 30% daripada mereka mengatakan mereka telah membeli sekurang-kurangnya separuh daripada pakaian yang mereka miliki dibeli pada tahun lalu sahaja. Berbanding dengan 'baby boomer' (mereka yang berusia lebih 55 tahun), hanya 14% mengatakan hal yang sama.

Golongan milenium juga lebih cenderung untuk membuang pakaian berbanding generasi lebih berusia. 7% daripada golongan ini mengatakan bahawa, secara umum, mereka menyimpan pakaian mereka selama kurang daripada setahun sebelum membuangnya. Hanya 3% generasi "baby boomer" menyatakan keadaan yang sama.

Empat daripada sepuluh golongan milenium telah membuang pakaian yang tidak diingini ke dalam taong sampah

Golongan milenium bukan sahaja membuang pakaian lebih cepat berbanding generasi lebih tua tetapi mereka juga lebih cenderung untuk membuang pakaian yang tidak diingini dengan cara yang tidak mampan.

Golongan milenium adalah dua kali ganda lebih cenderung membuang pakaian yang tidak diingini ke dalam tong sampah (39% golongan milenium berbanding 20% 'baby boomer).

Walaupun begitu, sesetengah golongan milenium menemui cara baru untuk memberikan pakaian mereka nafas baru; sebanyak 55% telah menyerahkan pakaian yang tidak diingini kepada rakan-rakan dan/atau keluarga, satu pertiga (32%) telah menjual pakaian lama di dalam talian, dan satu daripada sepuluh (10%) sebelum ini telah menggunakan semula pakaian yang tidak diingini dengan cara baru (mengubah pakaian lama untuk membuat pakaian baru).

Satu daripada lima golongan milenium membuang pakaian mereka kerana telah bosan memakainya

Alasan yang paling popular untuk membuang pakaian adalah kerana ia tidak lagi sesuai, di mana 62% warga Singapura menganggap alasan ini adalah kukuh untuk membuang pakaian. Alasan-alasan biasa yang lain untuk membuang pakaian adalah kerana telah rosak (dipilih oleh 57%) dan kerana telah mula rosak (dipilih oleh 42% responden).

Walau bagaimanapun, sesetengah orang (khususnya golongan milenium) dengan mudah membuang pakaian kerana citarasa mereka telah berubah; satu daripada lima golongan milenium (20%) mengatakan mereka membuang pakaian kerana mereka telah bosan memakainya (12% 'baby boomer' mengatakan hal yang sama) dan 19% membuang pakaian kerana item tersebut "kini telah menjadi fesyen lama" (10% 'baby boomer' turut mengatakan hal yang sama).

Ketua Omnibus YouGov, Jake Gammon, mengulas. “Jenama fesyen pantas telah giat membuang label mereka yang tidak mampan. Namun, walaupun terdapat pelbagai inisiatif kitar semula oleh label-label utama, kaji selidik ini hanya menekankan berapa banyak pakaian yang dibazirkan setiap tahun di Singapura. Melihat ke hadapan untuk masa depan, terdapat satu trend yang membimbangkan di kalangan golongan milenium; kecenderungan mereka untuk menggunakan cara kurang mampan untuk melupuskan pakaian lama berbanding generasi yang lebih tua menunjukkan bahawa terdapat perjuangan yang sukar untuk mereka yang ingin menangani masalah ini.”

Gambaran yang lebih besar

Di peringkat serantau, pengguna Vietnam dan China lebih cenderung menyimpan pakaian mereka kurang daripada setahun sebelum membuangnya, di mana 27% dan 23% (masing-masing) berbuat demikian. Sebaliknya, rakyat Australia, Hong Kong dan Singapura adalah yang paling kurang cenderung untuk membuang pakaian yang mereka simpan kurang daripada setahun - hanya 4%, 6% dan 6% (masing-masing) mengatakan perkara yang sama.

Walau bagaimanapun, warga Thailand adalah yang paling cenderung untuk membuang lebih daripada tiga item pakaian pada tahun lalu yang mereka hanya pakai sekali (17% telah melakukannya), manakala pengguna China adalah yang paling kurang cenderung (8% telah melakukannya). Berbeza pula pada skala yang lain, sebanyak 25% warga Filipina, 21% warga Malaysia dan 21% warga Indonesia tidak membuang apa-apa item pakaian pada tahun lalu.

Data dikumpulkan secara dalam talian oleh YouGov Omnibus antara 20 dan 30 Oktober 2017 di kalangan 1,727 responden di Malaysia. Keputusan mewakili populasi orang dewasa dalam talian.

Sumber imej: Getty Image