Satu pertiga orang Singapura pernah menggunakan internet dating

YouGov
November 23, 2017, 1:00 AM GMT+0

43% generasi milenium pernah menggunakan perkhidmatan internet dating atau aplikasi dating pada sesatu masa – manakala Tinder adalah platform dating dalam talian yang paling terkenal dan salah satu yang paling bereputasi baik

Salah satu idea penubuhan internet merupakan potensi untuk membasmikan pengasingan, namun begitu sesetengah orang menyatakan bahawa ia telah mencapai kesan yang sebaliknya. Dengan kisah percintaan yang lebih meyakinkan – ia adalah lebih senang untuk mencari teman dating, dan stigma sosial tentang internet dating yang semakin menurun, terdapat banyak sebab untuk mempercayai bahawa tren tersebut akan berterusan.

55% orang Singapura mengenali sekurang-kurangnya satu pasangan yang bertemu dalam talian

Sebuah kaji selidik yang YouGov baru mendedahkan skala fenomena ini di Singapura. Satu pertiga orang Singapura pernah menggunakan internet dating dan aplikasi dating dalam talian. Peratusan tersebut bertambah kepada 43% di kalangan generasi milenium.

Walau bagaimanapun, generasi milinium yang sama ramai (47%) turut menyatakan bahawa mereka berasa segan untuk mengakui bahawa mereka bertemu pasangan mereka melalui dating dalam talian/aplikasi dating. Satu pertiga (34%) generasi "baby boomer" menyatakan keadaan yang sama. Walau bagaimanapun, tiga per empat (73%) orang Singapura menyatakan bahawa mereka tidak akan mempunyai fikiran yang berbeza terhadap pasangan yang bertemu dalam talian.

55% mengenali sekurang-kurangnya satu pasangan yang bertemu dalam talian. 64% generasi milenium mengenali sekurang-kurangnya satu pasangan yang bertemu dalam talian, tetapi hanya 27% daripada generasi "baby boomer" yang menyatakan keadaan yang sama.

Coffee Meets Bagel dilihat sebagai perkhidmatan taing dalam talian yang paling bereputasi baik

Ia adalah selamat untuk menyatakan bahawa dating dalam talian merupakan aliran utama di Singapura pada masa ini dan dating dalam talian adalah pasaran yang semakin kompetitif.

Tinder merupakan kegemaran di Singapura, dengan mencapai mata yang tertinggi dari segi kemasyhuran dan reputasi baik 84% orang Singapura pernah mendengar tentang Tinder dan 51% daripada mereka yang pernah menggunakan dating dalam talian menyatakan bahawa ia dikira bereputasi baik. Hanya 29% yang menganggapnya sebagai tidak bereputasi baik, dengan memberikan mata bersih +22 – platform dengan reputasi yang kedua baik di kalangan semua aplikasi yang ditampilkan dalam kaji selidik tersebut. Perkhidmatan dengan mata reputas yang terbaik ialah Coffee Meets Bagel, dengan mata +23, walaupun mata kesedaran-nya adalah hanya separuh daripada mata Tinder (45%).

Dating dalam talian adalah bernilai $2.2 bilion in Amerika, dan Tinder mencapai 26 juta penjodohan setiap hari. Walau bagaimanapun, hanya 16% pencari cinta di Singapura yang pernah menggunakah internet dating lebih gemar bertemu bakal pasangan mereka melalui perkhidmatan dating dalam talian, ini bermaksud perkhidmatan internet dating masih perlu mengambil masa untuk mengatasi stigma secara sepenuhnya.

*Data dikumpul dalam talian antara 11 dan 28 September 2017 menggunakan panel YouGov seramai lebih 5 juta orang di seluruh dunia. Ia telah diwajarkan untuk mewakili populasi dalam talian. Saiz sampel: 1,038

Photo source: Getty Image / Zerbor