Tujuh puluh peratus rakyat Singapura percaya robot akan mengambil alih sebahagian besar daripada pek

YouGov
October 31, 2017, 7:35 AM GMT+0

Penyelidikan baru YouGov mendedahkan 43% daripada golongan berusia 18-29 tahun percaya robot boleh melakukan pekerjaan mereka sekurang-kurangnya sama baik seperti mereka

Bayangan sebuah masyarakat utopia, di mana robot melakukan semua tugas manakala manusia menikmati semua masa terluang, kebanyakannya datang dan pergi. Perkembangan dalam genetik, kecerdasan buatan dan robotik bermakna bahawa robot sebaliknya boleh memusnahkan punca pendapatan merentasi populasi yang luas, dengan penyelidikan terbaru menunjukkan bahawa kira-kira 45% daripada aktiviti yang orang dibayar untuk melakukannya boleh diautomatikkan dalam beberapa dekad akan datang.

Namun begitu, data terbaru daripada YouGov Omnibus menunjukkan bahawa rakyat Singapura secara berhati-hati berasa optimistik tentang kesan robot terhadap masyarakat. Secara keseluruhan, tiga perempat daripada rakyat Singapura percaya bahawa robot akan menjadikan kehidupan kita lebih mudah dan 8 daripada 10 bersetuju bahawa robot boleh melakukan perkara-perkara yang manusia tidak mahu lakukan.

Hampir 9 daripada 10 orang mahu robot melakukan kerja pembersihan untuk mereka

Kebanyakan rakyat Singapura gembira untuk mengalu-alukan robot dalam kehidupan mereka, dengan hanya 1 dalam 20 mengatakan mereka tidak mahukan robot.

Daripada senarai dua belas fungsi yang boleh dilakukan, penggunaan paling popular yang diinginkan untuk robot adalah untuk membantu membersihkan rumah, iaitu hampir 9 daripada 10 responden ingin robot melakukannya. Pilihan popular lain termasuk bantuan di tempat kerja (dipilih oleh 60%) dan keselamatan (dipilih oleh 57% daripada responden).

Wanita dan lelaki secara umum nampaknya bersetuju tentang penggunaan robot untuk kerja-kerja rumah seperti membersihkan rumah dan berkebun. Walau bagaimanapun, mereka berbelah bagi mengenai penggunaan robot untuk tugas-tugas seperti keselamatan (65% daripada lelaki mahu robot melakukan kerja keselamatan, berbanding dengan 49% daripada wanita), bantuan di tempat kerja (64% daripada lelaki hingga 56% daripada wanita) dan menguruskan kewangan (24% daripada lelaki hingga 16% daripada wanita).

1 daripada 10 orang percaya robot akan melakukan pekerjaan mereka dengan lebih baik berbanding mereka

Walaupun dapat melihat manfaat yang dibawa oleh robot, rakyat Singapura turut mengenal pasti ancaman yang ditimbulkannya kepada prospek pekerjaan orang ramai; 7 daripada 10 rakyat Singapura bersetuju bahawa robot akan mengambil alih pekerjaan daripada ramai di kalangan kita. Namun, pada masa ini, ramai yang secara peribadinya tidak berasa terancam oleh robot di tempat kerja, dengan hanya 1 daripada 10 percaya bahawa robot boleh melakukan pekerjaan mereka dengan lebih baik.

Mereka yang berumur bawah 30 tahun adalah lebih berkemungkinan untuk berpendapat bahawa robot boleh melakukan pekerjaan mereka sekurang-kurangnya sama baik seperti mereka. 43% daripada golongan berumur 18-29 tahun percaya robot boleh melakukan pekerjaan mereka sama baik atau lebih baik daripada mereka. Ini adalah benar bagi 37% daripada mereka yang berumur 30+.

Dengan robot bersedia untuk merombak ekonomi kita, sudah pasti terdapat cabaran di hadapan. 8 daripada 10 rakyat Singapura bersetuju bahawa robot perlu dikawal selia dengan teliti, menunjukkan bahawa pengawal selia perlu membentuk laluan baru dan sukar yang bertujuan untuk memaksimumkan manfaat daripada teknologi baharu tanpa mengambil alih peluang dan/atau pendapatan rakyat.

*Data dikumpul dalam talian antara 11 dan 28 September 2017 menggunakan panel YouGov seramai lebih 5 juta orang di seluruh dunia. Ia telah diwajarkan untuk mewakili populasi dalam talian. Saiz sampel: 1,038

Sumber imej: Getty Image