Paling Dikagumi di Singapura

by

Pasangan Obama kekal sebagai pasangan yang paling dikagumi di Singapura

Bekas Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama sekali lagi mengungguli senarai sebagai lelaki paling dikagumi di Singapura, menurut kajian tahunan YouGov tentang tokoh masyarakat yang paling dikagumi.

Mengikuti Barack Obama ialah pengasas bersama Microsoft dan dermawan, Bill Gates. Sebahagian besar daripada senarai tersebut terdiri daripada usahawan jutawan lain. Ahli perniagaan Amerika, Warren Buffet berada di tempat ketiga, pengasas bersama Alibaba, Jack Ma di tempat kelima dan pengasas Facebook, Mark Zuckerberg di tangga keenam.

Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong di tempat kelapan dalam senarai. Turut bersama beliau ialah JJ Lin di tangga kesepuluh, sebagai satu-satunya warga Singapura lain yang berada dalam kedudukan sepuluh teratas.

Sepuluh lelaki paling dikagumi dilengkapkan oleh penghibur. Pelakon seni mempertahankan diri Hong Kong, Jackie Chan di tempat kelima, pemain bola sepak Inggeris yang telah bersara, David Beckham berada di tempat ketujuh, dan pelakon Hong Kong, Andy Lau di tangga kesembilan.

Bekas Wanita Pertama Amerika Syarikat, Michelle Obama adalah wanita paling dikagumi di Singapura untuk tahun kedua. Beliau diikuti oleh Queen Elizabeth II.

Ahli politik menduduki sebahagian besar senarai. aAhli politik Burma dan pemenang Hadiah Nobel Aung San Suu Kyi menduduki tangga keenam, Canselor Jerman, Angel Merkel di tempat kelapan, bekas Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Hillary Clinton yang berada di tempat kesembilan, dan bekas Perdana Menteri Britain, Theresa May di kedudukan kesepuluh.

Yang selebihnya berada di kedudukan sepuluh teratas adalah terdiri daripada penghibur. Pengacara rancangan temu bual, Ellen Degeneres dan Oprah Winfrey berada di tangga ketiga dan keempat, dan pelakon Hollywood, Angelina Jolie dan Emma Watson masing-masing di tempat kelima dan ketujuh.

***Keputusan berdasarkan 1,112 rakyat Singapura yang ditemu bual di YouGov Omnibus