Iklan YouGov Bulan Ini – Charles & Keith

Iklan YouGov Bulan Ini – Charles & Keith
by

Peruncit fesyen terkenal tempatan, Charles & Keith merupakan jenama yang mencapai peningkatan terbesar dalam Kesedaran Iklan bulan ini, menurut YouGov Plan & Track.

Jenama melancarkan koleksi kasut sniker fesyen musim panas fesyen 2019 dengan iklan yang menampilkan Ko Hyojoo, peluncur papan luncur panjang dari Korea Selatan. Iklan “Cruising with Hyojoo in Charles & Keith” selama 1 minit menampilkan Hyojoo mencuba kasut sniker baharu sambil meluncur di Pantai Manhattan California yang indah.

Peluncur yang kini menjadi model telah meraih lebih daripada setengah juta pengikut di Instagram, dan telah mengendors GoPro dan Converse pada masa lalu. Beliau juga pernah tampil dalam Vogue, Hypebae dan Marie Claire.

Data YouGov Plan & Track menunjukkan bahawa iklan Charles & Keith yang santai dan hebat telah menarik perhatian warga Singapura. Skor Kesedaran Iklan Charles & Keith (sama ada seseorang telah melihat satu iklan untuk jenama tersebut dalam tempoh dua minggu yang lalu) telah meningkat daripada 5.1 kepada 14.4 sepanjang bulan lalu, melonjak sebanyak +9.3 mata.

Pengguna Singapura bukan sahaja perasaan kewujudan iklan Charles & Keith, tetapi kini mereka lebih cenderung berpendapat bahawa produk Charles & Keith adalah lebih berkualiti dan bernilai. Skor Kualiti jenama tersebut telah meningkat sebanyak +10.1 mata iaitu daripada 9.2 kepada 19.3. Skor Nilai pula telah meningkat daripada 3.4 kepada 11.0, satu peningkatan sebanyak +7.9 mata.

Data YouGov Profiles mendedahkan profil pelanggan lazim Charles & Keith. Sebanagian besar mereka adalah perempuan, berumur 25 hingga 34 tahun dan mungkin juga merupakan pelanggan Mango, Sephora dan H&M.