Setengah orang awam 'mungkin tidak akan makan' daging tiruan yang dibuat dan dihidupkan di makmal - tetapi orang lelaki dan golongan milenium lebih cenderung ingin mencubanya
Telah banyak kemajuan yang dilakukan pada daging buatan makmal sebagai cara untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat untuk produk daging. Sudah tentu, industri tersebut telah menarik sokongan dermawan terkenal seperti Bill Gates dan Richard Branson, yang percaya bahawa mengusahakan produk tersebut boleh mengurangkan kesan negatif terhadap alam sekitar, kebajikan haiwan dan kesihatan manusia yang timbul akibat daripada pengeluaran daging konvensional.
Penyelidikan YouGov yang baharu mendedahkan pendapat sebenar orang ramai berkenaan daging tiruan. Penyelidikan ini mendapati bahawa sesetengah pengguna melihat manfaat daripada segi teknologi, mengiktiraf potensi untuk menangani masalah etika dan alam sekitar yang dihadapi oleh pengeluaran daging. Kelebihan yang paling banyak dilihat adalah ia menghalang pembunuhan haiwan (50% percaya ini adalah benar), ia mempunyai potensi untuk menamatkan kebuluran di dunia (41%) dan ia adalah sumber makanan yang lebih mampan daripada daging konvensional (41%).
Bagaimanapun, orang ramai mempunyai sedikit kebimbangan, paling ketara tentang potensi kesan sampingan daging tiruan. Hampir tiga perempat pengguna (73%) bimbang tentang ini, dan separuh daripada pengguna (50%) bimbang bahawa ia mungkin berbahaya. Sesetengah pengguna juga menentang prinsip-prinsip asas di sebalik perkembangannya; 59% bimbang bahawa ia bukan semulajadi dan 48% bimbang bahawa ia bukan daging sebenar.

Lebih daripada satu pertiga golongan milenium mengatakan mereka akan mencuba daging tiruan
Separuh (51%) orang dewasa Singapura mengatakan mereka ‘mungkin tidak akan makan daging tiruan’ apabila diminta membayangkan daging tersebut boleh didapati secara komersil. 31% 'mungkin akan makan' daging itu, sementara 18% lagi tidak membuat sebarang keputusan.
Generasi milenium (yang berumur di antara 16 dan 34 tahun) lebih mudah menerima daging tiruan, dengan lebih daripada satu pertiga (36%) mungkin akan memakannya, berbanding hanya 25% generasi lebih tua yang mempunyai pendapat yang sama.

Lelaki juga jauh lebih cenderung untuk mengatakan bahawa mereka akan memakan daging tiruan berbanding wanita. Hampir empat daripada sepuluh (38%) lelaki mengatakan mereka akan terbuka untuk makan daging buatan makmal; jauh lebih banyak berbanding 25% wanita yang mengatakan perkara yang sama.
Pengguna Vietnam adalah yang paling terbuka untuk memakan daging tiruan
Berbanding dengan rantau yang lebih luas, 31% rakyat Singapura yang mengatakan mereka mungkin akan memakan daging tiruan adalah sama dengan purata serantau iaitu 32%. Pengguna Vietnam adalah yang paling cenderung mengatakan bahawa mereka akan mencubanya (sebanyak 52%), diikuti oleh Thai (34%) dan Indonesia (33%) pengguna. Sebaliknya, hanya satu perempat rakyat Malaysia (25%) dan China (26%) mengatakan yang sama; paling rendah daripada sembilan negara yang dikaji.
Mengulas mengenai penemuan itu, Ketua Omnibus YouGov, Jake Gammon, berkata “Perintis daging tiruan telah berusaha keras untuk mendorong merendahkan kos pengeluaran bagi menjadikan produk tersebut lebih mudah diakses oleh pengguna. Walau bagaimanapun, kajian ini menunjukkan bahawa terdapat satu halangan terakhir yang masih perlu ditangani oleh pengeluar… permintaan pengguna. Walaupun terdapat pendedahan yang meluas, pengguna nampaknya masih ragu-ragu tentang daging tiruan. Melainkan mereka mengurangkan kebimbangan mereka dan yakin dengan potensi faedah teknologi sedemikian, ia akan menjadi satu perjuangan yang sukar bagi pengeluar pada masa akan datang.”
*Data dikumpulkan secara dalam talian oleh YouGov Omnibus antara 5 dan 12 Disember 2017 di kalangan 1,012 responden di Singapura. Keputusan adalah mewakili populasi dewasa.
Sumber gambar: Getty Image